Saturday, February 27, 2010

Hari yg baik di KLIA

>Malam jumaat - siapkan hiasan "book of dream" sampai pkol 4.00 PAGI
>pg sabtu - "Ter"lewat bangun/"Ter"bangu lewat.(pkul 10.45 pulak tuh)
>tghari sabtu - Makan kat tepian bangi, mmg mngenyangkan.(Alhamdulillah)
- Pergi AMPAC, gunting2 gamba dan tampal ke dlm "book of dream"
>Petang sabtu - Solat zohor kat AMPAC, pstu tenangkan diri(sambil mnuggu member mkn)
-Dengar taklimat drpd Coach Ridz & Coach Sha( mmg smgt)
- Pergi KLIA( sambil tetido dlm kreta Coach Zaidi, maaf ye coach smlm sye tido lmbt. so sye mmg btul2 kpnatan)
-dekat KLIA pergi toilet dan solat..Kmudian, kisah ini pon bermula..



Bermula lah alkisah seorang hamba Allah bernama Hafiz.Die menceritakan pengalamannya disini.
" subhanallah, mmg kuat rse rindu ini terhadap tmpt itu. slalu gak tringin ade rumah yg luas mcm airport.haha. tp nk wat camne kan, rumah luas sgt, kang susah plak nk kemas.haha. first thing yg nk wat, pegi toilet. mcm bese la, gi toilet mst nk buang ape yg perlu ato bsuh ape yg perlu. X kan nk mkn kowt, itu x bradab nmenye..
pstu kluar ngan member drpd toilet tuh, lepak dlu kat dpan toilet(luar).borak2(bincang) psal task Grand Mission nih.
Bile plan punye la snang ngan konfiden, tp bile nk gerak je da macam org kerdil(x yakin). Mmg memalukan sbb itu bukan aku yg b'smgt. spatutnye aku lg dahsyat sptmane aku kat skolah(periang dgn peramah). Tp ntah knp smpai otak pkir negatif plak bile nk interview org.aduuhai, Ya Allah ape dah jadi kat aku nie. Dulu da pnah wat da keje ni, tp tetibe je x dpt wat lg..AAAARGH!! X puas ati,Xpuas ati! Nak Rematch@Replay@Redo lg(ulang lg). Nasib baik time tu ade Amy(Zulhilmi) tolong bg smgt.Unfortunately, otak msih proses yg negatif..Ksian Amy, Sorry ye Amy. spatutnye kte bole wat lg elok sbb dlu kite da pnah wat keje ni mse last 'Grand Trip' thn 2009.uhuhu.. Dah la tempoh mse 1 jam(Lame tuw!), tp dpt 2 org je!(tp alhamdulillah la dpt hasil, drpd x dpt pape), btw 4 org da reject ktorg..haha, mmg aku ni x dpt perform elok2 sptmane aku perform time berniaga kat pasar malam ari tuh(Grand Mission Usahawan Muda). Mungkin sbb penat kowt..ye la kan, tido kul 4 pagi mane x penat.haha..whatever it is, Tahniah kpd Aman ngan Atiqah sbb berjaya capai 18 org kwn baru..korg mmg berani..
haha..(trase mcm kecil plak.HAHA)
hmm.. ape yg dah lpas tu, lpas je lah. Nasi da jd bubur kan.

Baiklah, lpas nih! if I'm healthy and energy enough, I will do my best( for next same task). Takbir!!

Wednesday, February 24, 2010

Persoalan Penting di Sebalik Menara Dubai


Tuesday, 26 January 2010 18:39

Sejak tiga hari pertama selepas Menara Dubai atau Burj Khalifa dibuka kepada masyarakat umum, kira-kira sepuluh ribu enam ratus orang telah menaiki lif untuk sampai ke menara peninjau di tingkat ke-124. Jumlah bayaran yang terkumpul adalah sekitar USD280,000.

Di sekeliling menara tersebut, hari demi hari, ribuan pengunjung bersesak berebut tempat untuk bergambar di hadapan kilauan menara setinggi 818 meter itu. Mereka bersukaria dan terpesona dengan keberanian Dubai membangunkan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia ketika ini.

Menara itu merupakan rangka kedegilan Dubai dalam menarik pelaburan, sedangkan negara ini sebenarnya sedang mengalamai kemelesetan ekonomi. “Bangunan ini menunjukkan bagaimana kekayaan sedang bergerak dari Barat ke Timur,” kata Prajash Kelkar, yang sudah sebelas tahun tinggal di Dubai. Tanpa merasa khuatir tentang situasi kewangan, dia pun berkata, “Inilah kebanggaan Dubai.”

Tidak ada sebarang persoalan atau kenyataan yang mencemuh pemerintah Dubai. Walaupun masih dikelilingi dengan pelbagai kemelut ekonomi dan kewangan, pemerintah Dubai tetap memusatkan diri untuk menyiapkan projek yang ‘ironik’ ini, itulah yang diperkatakan oleh mereka.

Dubai sebenarnya sedang dikelilingi hutang yang dianggarkan mencecah USD100 bilion, dengan ledakan hartanah yang semakin membimbangkan dan kelembapan dunia pelaburan yang mengecewakan para pelabur. Kejayaan dalam mengatasi pelbagai masalah sebenarnya tidak cukup dengan diwakili oleh sebuah bangunan yang menjulang tinggi membelah langit yang biru. Masalahnya yang sebenar ialah masih banyak bangunan tinggi yang gagal disiapkan akibat krisis kewangan.

Bandar Antarabangsa (International City) yang merupakan salah satu kawasan projek mega Dubai adalah contoh runtuhnya projek hartanah. Kawasan ini menjadi contoh lumpuhnya pasaran perumahan. Pihak yang bertanggungjawab dalam penyelengaraan dan perkhidmatan kawasan itu menderita kerugian besar kerana kekurangan wang tunai serta tenggelam dalam hutang dan muflis.

Pembangunan di kawasan seluas lapan ratus hektar tersebut yang digambarkan akan menjadi pusat perniagaan dan kebudayaan Timur Tengah kini telah tersungkur ke dalam kemuflisan. Seluruh pangsapuri dan deretan kedai hampir kosong sama sekali. Perniagaan penyewaan bangunan, pangsapuri dan deretan kedai muflis kesemuanya.

Di pelbagai pelusuk bandar, sisa pembinaan yang belum siap berserakan. Kadar jenayah semakin meningkat dan ribuan pekerja buruh mengeluh kerana upah yang rendah. Banyak keluarga yang terjebak dalam pelbagai masalah ekonomi dan kewangan terutamanya setelah membeli rumah atau pangsapuri secara hutang, mereka tidak mampu untuk membayar semula. Bahkan, lampu-lampu isyarat di jalan raya banyak yang tidak berfungsi kerana tidak boleh diperbaiki lagi.

Tidak ada seorang pun yang meramalkan Dubai bakal tumbuh menjadi ‘pusat’ Bandar Antarabangsa. Para penganalisis kewangan mengatakan, persoalan yang menyelubungi Bandar Antarabangsa itu kemungkinan besar mewakili pelbagai kemelut yang akan mendatang. Ini adalah kerana, pada masa ini Dubai masih lagi terjebak dalam pelbagai kemelut, sesuatu yang sangat besar yang tidak boleh ditutupi begitu sahaja dengan kehadiran sebuah menara tinggi.

Sebelum ini, pembangunan besar-besaran seperti Dubai Mall, dengan akuarium yang dipenuhi ikan yu, kemudahan bermain ski ais, hiasan pancutan air, pawagam dengan ribuan kedai-kedai juga menjadi masalah besar. Ramai orang tidak mampu lagi untuk mengusahakannya kerana mereka memerlukan wang yang banyak untuk membayar hutang mereka.

Raj Kuwar, pemilik pasaraya Sky Grocery mengatakan, ramai orang telah meninggalkan Bandar Antarabangsa tersebut. Hasil perniagaannya menurun sebanyak tiga puluh peratus berbanding tahun lalu, tetapi perniagaan lain seperti pelacuran semakin bertambah. “Ramai gadis yang berpindah ke kawasan ini kerana bayaran sewa lebih murah,” tambahnya.

Abu Dhabi, ibu kota Emiriyah Arab Bersatu, sebenarnya berada di “kolam” minyak. Namun, kilauan Burj Khalifa tidak mampu untuk menyelindungi pelbagai kemerosotan yang berlaku di Dubai di saat ini. (kompas.com, 16/1/2010)

Sumber: Hizbut Tahrir Indonesia

Friday, February 12, 2010

Eonverye taht can raed tihs rsaie yuor hnad..

Only great minds can read this
This is weird, but interesting!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it

Wednesday, February 10, 2010

PERSIDANGAN LONDON: AMERIKA DAN BRITAIN SALING BEREBUT SOKONGAN DAN KEPENTINGAN DI BUMI YAMAN!


Rabu, 03 Februari 2010 21:28


SN Keluaran 5 Februari 2010

PERSIDANGAN LONDON:
AMERIKA DAN BRITAIN SALING BEREBUT SOKONGAN DAN KEPENTINGAN DI BUMI YAMAN!

[SN206] Pada 1/1/2010 Perdana Menteri Britain menggesa diadakan Persidangan London bagi membincangkan krisis di Yaman atas alasan mencari penyelesaian terhadap krisis tersebut. Persidangan telah diadakan pada 27/1/2010 dengan dihadiri oleh wakil dari 21 buah negara dan berlangsung hanya dua jam! (untuk menyelesaikan satu krisis penting!). Di akhir persidangan diumumkan resolusi untuk menyokong Yaman dalam misinya memerangi Al-Qaeda disertai bantuan pembangunan dan program reformasi ekonomi serta politik, perundingan dengan Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan rundingan perdamaian secara menyeluruh. Penganalisis yang memerhatikan peristiwa yang telah dan sedang berlaku di Yaman akan dapat memahami bahawa resolusi-resolusi tersebut tidak lain hanyalah selubung di sebalik resolusi sebenar, kedudukan ‘para pemain politik’ dan peranan negara-negara di sekitar Yaman serta selubung terhadap matlamat serta hasil persidangan.

Amerika, sejak pengaruh British mula bertapak di Yaman hinggalah ke hari ini, khususnya dengan rejim sekarang, secara konsisten terus berusaha menimbulkan kekacauan serta (berusaha) melaksanakan idea lamanya yang diperbaharui, bahawa dia (Amerika)lah yang layak menjadi pewaris Barat di negara-negara yang berada di dalam cengkaman pengaruhnya. Bagi Amerika, merekalah yang layak menguasai Yaman dan bukannya empayar tua yang lemah. Namun demikian, pemerintah Yaman yang ada pada hari ini hampir-hampir berjaya menghapuskan golongan politik yang setia kepada Amerika dengan membunuh, memenjarakan, menghukum buang negeri dan menjadikan mereka pelarian. Justeru Amerika tidak lagi mempunyai ahli-ahli politik yang berkemampuan serta setia kepadanya untuk menjadi orang suruhannya bagi menguasai kerajaan di Yaman, sekali gus dapat meminggirkan pengaruh British di sana dan mencengkam pengaruh Amerika ke atas Yaman. Oleh itu misi Amerika di Yaman telah difokuskan kepada dua matlamat iaitu:-

(1) Misi meningkatkan ancaman, yang ditujukan kepada kerajaan Yaman.
(2) Misi merekrut, yang ditujukan kepada media, agensi dan kumpulan politik kecil yang berkiblatkan Amerika.

‘Misi meningkatkan ancaman’ diserahkan kepada Iran yang memberikan sokongan kepada kumpulan pemberontak Houthi, di mana bom-bom jangka akan meletup bila perlu di utara Yaman, bersebelahan Arab Saudi. Kita namakannya ‘misi mewujudkan ancaman’, meskipun para pemberontak Houthi mengangkat senjata, kerana mereka bukanlah bertujuan menguasai kerajaan Yaman, tetapi tujuan sebenar puak tersebut adalah untuk mendapatkan kedudukan yang kuat serta berpengaruh di kawasan mereka.

‘Misi merekrut’ agensi, badan atau kumpulan politik yang setia kepada Amerika pula dilaksanakan dengan wujudnya Gerakan Pemisah Selatan Yaman, dan Amerika menggerakkannya untuk memisahkan diri dengan Utara Yaman. Ini dilakukan sebagai langkah pertama (dari keseluruhan langkah yang akan dilakukan selepas ini) oleh Amerika dalam menanamkan pengaruhnya ke atas Yaman. Kita namakannya ‘misi merekrut’ kerana kumpulan politik ini masih di peringkat pembentukan yang dilatih menerusi gerakan pemisah ini. Hal ini terjadi setelah para pemimpinnya yang pro-aktif dipinggirkan dan dihapuskan.

Amerika telah berjaya dalam kedua-dua misi tersebut kerana ia mengambil kesempatan dari penindasan pemerintah terhadap Selatan Yaman serta pengalaman politik mereka, dan sekatan pemerintah terhadap pelaksanaan syariah Islam oleh golongan Houthi. Sikap pemerintah Yaman yang tidak melaksanakan syariah Islam dalam bentuk sebenar di negara ini, turut memberi peluang kepada Amerika memanipulasikannya bagi menjayakan misi mewujudkan ancaman di Utara Yaman, dan misi merekrut di Selatan Yaman. Hal ini dilakukan hingga ke peringkat memaksa pemerintah Yaman mengikut telunjuk Britain, dengan Yaman melaksanakan langkah-langkah ‘kecemasan’, di antaranya:-

Pertama: Memujuk Amerika melalui perjanjian keamanan agar Amerika mendiamkan diri terhadap kezaliman pemerintah Yaman. Yaman telah menandatangani perjanjian keamanan dan ketenteraan dengan Amerika Syarikat setelah mengadakan perbincangan di antara ketua-ketua tentera dan perisikan di San’a pada 10 dan 11 November 2009. Perjanjian ini merangkumi kerjasama ketenteraan dan keamanan serta pertukaran maklumat dan kemahiran dalam kedua-dua bidang tersebut. Perjanjian ini diumumkan setelah berlangsungnya perbincangan di antara Panglima Tertinggi Tentera Yaman, Mejar Jeneral Ahmad Ali Asywal dengan Pengarah Perancangan Pimpinan Bersekutu Amerika, Brigadier Jeneral Jeffrey Smith.

Kedua: Melancarkan peperangan terhadap Al-Qaeda. Anggota-anggota Al-Qaeda memang telah dikenal pasti oleh pemerintah Yaman sejak sekian lama, namun pemerintah tidak pernah mengambil sebarang tindakan terhadap mereka, kerana tidak mahu berhadapan dengan musuh baru, dalam suasana mereka sedang menghadapi serangan dari puak Houthi dan Puak Pemisah Selatan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Britain mengubah sikap, kerana Britain mengetahui bahawa isu Al-Qaeda sangat sensitif kepada Amerika. Sekiranya Yaman berperang dengan Al-Qaeda, ini akan memaksa Amerika memberikan sokongan dan bantuannya terhadap Yaman. Tindakan ini sekali gus akan meringankan bebanan yang dihadapi Britain di Utara dan Selatan Yaman. Dalam keadaan ini, pemerintah Yaman akan mula melancarkan serangan ke markas-markas kegiatan Al-Qaeda yang telah dikenal pasti. Oleh itu, jelas bahawa langkah menentang Al-Qaeda ini bukan satu kebetulan, malah ia adalah di luar polisi am Yaman. Bagi sebuah negara yang sedang menghadapi dua krisis serentak, iaitu di Utara dan Selatan, maka bukanlah satu tindakan normal untuk membuka satu lagi medan pertempuran, kalau bukan ianya adalah kerja politik yang bertopengkan tentera yang datangnya dari Britain.

Di celah-celah detik yang amat sukar ketika ini, Perdana Menteri Britain mengajak dunia datang ke Persidangan London (kononnya) untuk memberi sumbangan dan sokongan kepada Republik Yaman menghadapi Al-Qaeda serta berdiri bersama-sama Britain dalam hal ini. Apa yang dilakukan Britain ini sebenarnya akan menyulitkan usaha Amerika mendampingi Yaman serta meringankan tekanan yang dihadapi kerajaan Yaman di Utara dan Selatan republik tersebut. Amerika tidak mempunyai pilihan lagi kecuali bersetuju dengan persidangan ini. Dalam pada itu AS mahu mewujudkan markasnya di Yaman bagi memerangi Al-Qaeda serta mengukuhkan agensi atau kumpulan politik kecil (yang dirancangnya) khususnya di selatan Yaman. Pada masa yang sama, AS cuba mencapai penyelesaian yang sekadar “cukup makan” bagi gerakan Houthi, iaitu sekadar meringankan masalah bukan menamatkan krisis, supaya gerakan ini boleh ditonjolkan semula penentangannya apabila dirasakan perlu.

Beginilah suasana Persidangan London, pada satu sisi Amerika menumpukan perhatian kepada menghulur bantuan ketenteraan dan logistik bagi menghancurkan Al-Qaeda, serta menekan pemerintah Yaman agar berunding dengan gerakan pemberontak di Selatan dan Utara negara itu, pada sisi yang lain Britain pula menumpukan perhatian kepada menghulur bantuan ekonomi serta (kononnya) berdiri bersama-sama masyarakat antarabangsa menyokong Yaman menentang pemberontak di Selatan dan Utara negara itu. Dalam masa yang sama, Britain ‘menimbangkan’ isu Al-Qaeda dalam konteks membantu Yaman menentang puak Houthi dan puak pemisah Selatan Yaman!

Sungguh! Persidangan selama dua jam ini tidak lebih dari menjadi tempat wakil-wakil 21 buah negara bergaya di hadapan kamera televisyen, dengan Britain dan Amerika menghimpunkan negara sekutu masing-masing untuk mencapai matlamat masing-masing di atas tumpahan darah rakyat Yaman!

Wahai kaum Muslimin!

Sampai bilakah negeri-negeri umat Islam akan terus menjadi medan pertarungan kuasa-kuasa besar dengan bersenjatakan penduduk-penduduknya? Sampai bilakah negeri umat Islam akan terus kekal menjadi pentas yang di atasnya Barat berpesta menumpahkan darah penduduknya dan menghisap segala kekayaan alamnya? Sampai bilakah Barat akan terus menyalakan api di negeri umat Islam mengikut masa dan tempat yang mereka suka? Sampai bilakah pemerintah-pemerintah di Yaman, serta negeri-negeri umat Islam yang lain, akan sentiasa menjadi bidak-bidak catur yang digerakkan oleh Barat, dalam keadaan para pemerintah itu tidak membantah, malahan tidak merasa jemu sedikit pun! Adakah belum sampai masanya bagi rakyat Yaman menyedari bahawa pemerintah Yaman melalui tindakan-tindakannya yang zalim itu akan memudahkan lagi puak-puak yang bertelagah di bumi Yaman membunuh penduduknya serta menghancurkan rumah-rumahnya? Nampaknya tidak ada yang lebih penting bagi pemerintah tersebut melainkan berusaha untuk terus kekal di kerusi empuknya sekalipun dalam keadaan lemah, bengkok dan hampir-hampir tumbang!

Di sepanjang siri peperangan yang meletus di Yaman, sudah berpuluh-puluh ribu, malah beratus-ratus ribu orang telah diusir, dibunuh, dan cedera. Semua pihak yang terlibat dalam peperangan tersebut adalah orang Islam yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Apakah mereka tidak mengetahui bahawa peperangan di antara sesama umat Islam merupakan bencana yang amat besar, dan bahawa dosa membunuh orang Islam tanpa sebab adalah lebih besar daripada dosa meruntuhkan Kaabah!? Abdullah bin Umar meriwayatkan,

“Aku melihat Rasulullah SAW tawaf di sekeliling Kaabah sambil bersabda, ‘Alangkah harum baumu, alangkah hebat dan agungnya kehormatanmu. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya kemuliaan seorang mukmin itu lebih besar di sisi Allah daripadamu, pada harta dan darahnya, dan kami diperintah bersangka baik terhadapnya” [HR Ibnu Hibban].


Sesungguhnya Amerika dan Britain bertarung di Yaman bersenjatakan rakyatnya (Yaman), dengan menggunakan segala kemudahan keamanan dan logistik yang disediakan oleh pemerintah Yaman itu sendiri, dengan keberanian membabi-buta puak pemisah di Selatan dan puak Houthi di Utara, dan orang-orang yang seperti mereka dari kalangan yang terjebak ke kancah kecelakaan dalam keadaan mereka menyangka apa yang mereka lakukan itu adalah baik!

Wahai kaum Muslimin!

Ada dua musibah yang menimpa kita:-

Pertama: Para pemerintah di negeri-negeri umat Islam yang tidak takutkan azab Allah dalam mengendalikan urusan negara dan rakyat! Sekiranya umat Islam menggunakan akal yang sihat, tentu mereka mengetahui bahawa pemerintah yang mengkhianati rakyatnya tidak akan masuk syurga, malah tidak akan mencium kewangiannya. Sabda Nabi SAW,

“Siapa sahaja di kalangan penguasa yang (diangkat) menguruskan urusan kaum Muslimin, lalu dia mati dalam keadaan menipu mereka, tidak akan masuk syurga” [HR al-Bukhari].

Jika begitu, bagaimana pula pemerintah yang menyesatkan manusia, menukar yang haq menjadi batil dan menukar yang batil menjadi haq, serta menganggap perbuatan khianat itu sebagai amanah!? Pemerintah seperti ini akan menjadi golongan ‘Ruwaibidhah’ yang memimpin rakyatnya kepada kebinasaan! Sabda Rasulullah SAW,

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, ‘Apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab, ‘Orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai” [HR Ahmad].

Kedua: Adanya sebahagian umat Islam yang mendiamkan diri terhadap pemerintah-pemerintah yang zalim serta tidak membantah kezaliman mereka, sekalipun mereka (umat Islam) ditimpa pelbagai kehinaan sebagai akibat dari apa yang dilakukan oleh pemerintah itu. Maka berlakulah sepertimana yang kita lihat di Palestin, Kashmir, Chehnya, Cyprus, Timor Leste dan tempat-tempat lain. Sudan hampir terbahagi dua, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan akhir sekali Yaman, telah menjadi medan perebutan Barat melakukan serangan dan penjajahan, manakala yang menjadi alat (ejen)nya adalah para pemerintah umat Islam dan kroni mereka. Bukanlah satu perkara baru apabila ditimpakan ke atas umat Islam azab dan malapetaka, yang bukan sahaja terkena ke atas golongan pemerintah, tetapi terkena juga ke atas golongan yang diperintah, yang kesemua ini berlaku bilamana umat Islam mendiamkan diri terhadap kezaliman pemerintah. Allah SWT berfirman,

“Takutlah kamu akan fitnah yang tidak akan ditimpakan terhadap golongan yang zalim di kalangan kamu sahaja” [TMQ al-Anfal (8):25].

Sabda Nabi SAW, “Apabila manusia melihat kemungkaran berlaku lalu mereka tidak menentangnya, maka hampir sahaja azab Allah ditimpakan ke atas mereka kesemuanya” [HR Ahmad dan Abu Daud].

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya telah terbitlah fajar bagi orang-orang yang melihat. Tidak akan selamat umat ini melainkan dengan apa yang telah menyelamatkan umat ini di zaman silam iaitu dengan adanya Khilafah Rasyidah ‘ala Minhaj Nubuwah, yang berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah serta berjihad di jalanNya. Pemerintahnya adalah para Khalifah yang mana tentera Islam berperang di belakangnya dan ia digeruni kawan dan lawan. Para Khalifah menjadi perisai yang senantiasa melindungi rakyatnya dan selalu terbuka dalam menerima nasihat. Sesungguhnya Khilafah Rasyidah ‘ala Minhaj Nubuwah akan kembali untuk kedua kalinya dan ketika itu tidak ada lagi ruang untuk Amerika, Britain dan mana-mana kuasa kuffar untuk menyerang negeri kita serta menanam pengaruh mereka...kerana ketika itu mereka akan terlalu sibuk melindungi tanah air mereka sendiri, kerana melarikan diri daripada cahaya Islam yang berada hampir dengan negeri-negeri mereka!

“Allah akan tetap menguasai urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” [TMQ Yusuf (12):21].

Hizbut Tahrir
12 Safar 1431 H
27 Januari 2010 M

[Artikel di atas adalah terjemahan dari Bahasa Arab yang telah disunting ke Bahasa Melayu dan disebarkan oleh Hizbut Tahrir ke seluruh dunia]

Demokrasi?

Malaysia ini menggunakan sistem demokrasi dimana ia memerlukan rakyat untuk membuat keputusan. Demokrasi boleh didefinisikan sebagai suara rakyat. Keputusan juga boleh dicapai dengan jumlah suara rakyat itu banyak atau dominan. Jadi, adakah sistem ini mampu membawa kepada kebaikan dan keamanan negara? Sepertimana, konsep 1 Malaysia mengamalkan sistem demokrasi serta diiringi dengan 8 Nilai yg termaktub dlm konsep 1 Malaysia. Bagi YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, beliau mengatakan tujuan konsep 1 Malaysia ini adalah bagi memperbaiki perpaduan kaum di Malaysia. Beliau yang merupakan pengasas 1 Malaysia, juga memperkenalkan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Hasilnya, ramai yang telah terbuka hati untuk menyertai dan menyokong beliau demi menjaga dan memelihara perpaduan rakyat Malaysia. Dengan konsep 1 Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, adakah ia akan membawa kepada perpaduan rakyat dan keamanan negara berlandaskan langkah yang diredhai Allah? Adakah ia akan bertahan lama? atau ia cuma satu propaganda supaya beliau mendapat nama? Wallahu'alam..Apakah pendapat anda?

Menurut pendapat saya, saya kurang setuju dengan sikap YAB Dato' Seri Najib yang mengambil demokrasi sebagai tunggak utama dalam melaksanakan konsep 1 Malaysia. Walaupun niat beliau sangat baik, tetapi ia mengundang kepada kemungkaran Allah. Hal ini kerana beliau tidak menggunakan sistem Islam yang menjamin keredhaan Allah. Islam bukan saja mengajar kita untuk beribadat, tetapi Islam mengajar dalam semua aspek termasuk politik. Sebaga bukti, politik pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW telah membawa perubahan besar pada dunia. Rasulullah SAW bukan sahaja dapat membuka kawasan pemerintahan Islam di Kota Mekah sahaja, malah baginda dapat meluaskan kawasan pemerintahan hampir 2/3 dunia yang disambung oleh pemerintahan khalifah-khalifah Islam. Mereka semua mengamalkan Islam sebagai tunggak utama dalam memerintah dan menjaga Negara Islam. Sistem Islam bukan diasaskan oleh Rasulullah SAW, malah ia terkandung dalam Kalimah-Kalimah Allah dimana setiap Kata-kata Allah itu adalah benar dan Allah itu mengetahui segala perkara termasuk apa yang tersembunyi dalam fikiran manusia kerana Allah yang mencipta manusia. Jika dibandingkan dengan "DEMOKRASI", sistem ini diperkenalkan oleh manusia( makhluk ciptaan Allah). Sistem ini bermula di negara barat. Jadi mengapa kita perlu menggunakan sistem barat yang diasakan oleh seorang manusia yang fikirannya terbatas( berbanding dengan kemampuan Allah yang tidak terbatas)?


***Secara rumusnya, saya tidak setuju dengan sistem demokrasi yang diamalkan dalam perlembagaan negara.

Sekian, yang baik daripada Pencipta, yang lemah daripada yang dicipta.
Wabillahi Taufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuesday, February 9, 2010

Today is Tuesday an eglish day in school day..what a day!

Today is Tuesday and I have to speak English in school..but only in assembly time. I just don't know why did I recite Malay doa but the English one is in there, in the PA box. "What is this man!" I don't even think to make jokes but the fate wanted me to be it. Therefore, I need to let it be because "the rice has become porridge"(nasi dah jadi bubur). Do you think it is funny? I do think it is, and I did laughed myself at that time.
That was at the assembly.

Today I got another news at school this morning. The news is, I have to prepare more cheesecakes for teachers and I have to prepare it slice-by-slice.
As usual
RM 4.00 /slice..
Today I receive my money.
As usual, my sister's friend really loves cheesecake. sometimes there could be 10 orders just for her friends. Plus, my friends want the same to and so do my teachers.

Therefore, I need to increase my productivity. I've got to cook more,more and more cheesecake from now on.

for this Sunday, I need to cook 3 for my family. Why? because we are having family day at kampong and there will be a lot of people. Although this work are quite tiring, but once you get the rewards, you'll be satisfied. InsyaAllah.

last but not least, Thank You for all buyers and customers.


*GOOD NEWS: Cheesecake with flavours is"COMING SOON"