Wednesday, February 10, 2010

Demokrasi?

Malaysia ini menggunakan sistem demokrasi dimana ia memerlukan rakyat untuk membuat keputusan. Demokrasi boleh didefinisikan sebagai suara rakyat. Keputusan juga boleh dicapai dengan jumlah suara rakyat itu banyak atau dominan. Jadi, adakah sistem ini mampu membawa kepada kebaikan dan keamanan negara? Sepertimana, konsep 1 Malaysia mengamalkan sistem demokrasi serta diiringi dengan 8 Nilai yg termaktub dlm konsep 1 Malaysia. Bagi YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, beliau mengatakan tujuan konsep 1 Malaysia ini adalah bagi memperbaiki perpaduan kaum di Malaysia. Beliau yang merupakan pengasas 1 Malaysia, juga memperkenalkan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Hasilnya, ramai yang telah terbuka hati untuk menyertai dan menyokong beliau demi menjaga dan memelihara perpaduan rakyat Malaysia. Dengan konsep 1 Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, adakah ia akan membawa kepada perpaduan rakyat dan keamanan negara berlandaskan langkah yang diredhai Allah? Adakah ia akan bertahan lama? atau ia cuma satu propaganda supaya beliau mendapat nama? Wallahu'alam..Apakah pendapat anda?

Menurut pendapat saya, saya kurang setuju dengan sikap YAB Dato' Seri Najib yang mengambil demokrasi sebagai tunggak utama dalam melaksanakan konsep 1 Malaysia. Walaupun niat beliau sangat baik, tetapi ia mengundang kepada kemungkaran Allah. Hal ini kerana beliau tidak menggunakan sistem Islam yang menjamin keredhaan Allah. Islam bukan saja mengajar kita untuk beribadat, tetapi Islam mengajar dalam semua aspek termasuk politik. Sebaga bukti, politik pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW telah membawa perubahan besar pada dunia. Rasulullah SAW bukan sahaja dapat membuka kawasan pemerintahan Islam di Kota Mekah sahaja, malah baginda dapat meluaskan kawasan pemerintahan hampir 2/3 dunia yang disambung oleh pemerintahan khalifah-khalifah Islam. Mereka semua mengamalkan Islam sebagai tunggak utama dalam memerintah dan menjaga Negara Islam. Sistem Islam bukan diasaskan oleh Rasulullah SAW, malah ia terkandung dalam Kalimah-Kalimah Allah dimana setiap Kata-kata Allah itu adalah benar dan Allah itu mengetahui segala perkara termasuk apa yang tersembunyi dalam fikiran manusia kerana Allah yang mencipta manusia. Jika dibandingkan dengan "DEMOKRASI", sistem ini diperkenalkan oleh manusia( makhluk ciptaan Allah). Sistem ini bermula di negara barat. Jadi mengapa kita perlu menggunakan sistem barat yang diasakan oleh seorang manusia yang fikirannya terbatas( berbanding dengan kemampuan Allah yang tidak terbatas)?


***Secara rumusnya, saya tidak setuju dengan sistem demokrasi yang diamalkan dalam perlembagaan negara.

Sekian, yang baik daripada Pencipta, yang lemah daripada yang dicipta.
Wabillahi Taufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment