Friday, April 9, 2010

4 pendidikan roh yang kita lalui dalam kehidupan harian kita.

1) MUAHADAH(Perjanjian)~ Setiap Hari kita nak tingkatkan perjanjian kita dengan Allah swt untuk mengesakan Allah swt. Sejak dalam perut ibu(di alam roh) lagi kita telah mengikat janji dengan Allah. Menunaikan janji merupakan tanggungjawab dan amanah kita terhadap Allah swt.
Tauhid Rubbubiyah, Tauhid Uluhiyah perlu jelas dan faham.
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"(Al-fatihah:5)
"Dan orang-orang yg memelihara amanat-amanat(yang dipikulnya) dan janjinya."(Mukminun:8)
"Sesungguhnya solahku, ibadahku dan hidupku dan matiku hanya kepada Allah sekalian alam."

2) MURAQABAH(pengawasan@pemantauan)~ Merasai keagungan Allah setiap masa sama ada dikala sunyi, sendiri atau ketika dikhalayak ramai. Apa2 shj yg kita lihat disekeliling kita hendaklah hubungkan terus hati kita dengan kebesaran Allah swt. Kita kena rasai setiap gerakgeri kita dipantau atau dilihat Allah swt.

3) MUHASABAH(semak diri) ~ Setiap hari kita perlu semak diri kita, untuk melihat amal apa yang telah kita lakukan. Sama ada kebaikan atau keburukan. Kita kena mohon ampun kpd Allah selalu. Ini cukup memberi kesan dalam hati dan terhadap roh kita.

4) MUJAHADAH(berjuang) ~ Semangat mujahadah kena sentiasa hidup dalam diri seorang mukmin. Hanya semangat yang kuat sahaja mampu melawan nafsu yang mengajak kita jauh dari Allah swt. Secara serius kita kena dapatkan keredhaan Allah swt. Inilah matlamat hidup kita sebenarnya.


~Oleh itu wahai saudara/saudari, marilah kita sampaikan pngetahuan dan pemahaman kita kepada mereka yg masih lg mncari kebenaran dan mereka yg makin terpesong drpd ajaran Islam.

~* Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat(faedah-baik) kepada orang lain *~

No comments:

Post a Comment